KEISTIMEWAAN PAKEJ-PAKEJ KAMI
Berita tentang kematian ahli keluarga amat memilukan dan kadangkala menjadi satu tekanan dan bebanan kepada waris. Pihak kami akan memberi segala nasihat kepada waris dan ahli keluarga terdekat tentang amalan-amalan yang perlu dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Menjadi pelaksana terbaik sistem pengurusan jenazah mampu milik untuk umat Islam di Malaysia dengan kaedah pengurusan jenazah yang sempurna mengikut sunnah, cepat, cekap dan sistematik.
Bagi para waris yang ingin menyempurnakan pengebumian secara sendiri, kami akan tetap menghulurkan bantuan dalam bentuk tunai dalam masa 24 jam setelah kematian dilaporkan. Bantuan tunai terus ke akaun waris adalah secara otomatik bagi ahli berdaftar yang bukan Islam.
Kami menyediakan perkhidmatan van jenazah bagi urusan penghantaran jenazah dari hospital ke rumah atau tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.
Kami akan membantu waris dalam permohonan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.